Polis cari waris mangsa kemalangan maut

Mohd Sani Mat Kali
Mohd Sani Mat Kali
A
A
A

KEPALA BATAS - Polis sedang mencari waris mayat seorang lelaki yang sebelum ini dilanggar di Jalan Permatang Star, Pinang Tunggal pada 7 Mac lalu.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi, mangsa dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti ketika sedang berjalan kaki.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Kepala Batas.

Bagaimanapun beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Bedah siasat yang dilakukan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada.

"Ketika kejadian polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri, namun selepas semakan dibuat mendapati lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohd Sani Mat Kali, 48, berasal dari Lorong Padi, Alor Setar," katanya.

Katanya, mayat mangsa kini masih berada di Unit Forensik Hospital Kepala Batas.

Orang ramai yang mengenali mangsa boleh menghubungi Inspektor Nur Syafinaz Abdul Aziz di talian 0182881424 atau 04-5741421.

Artikel Berkaitan: