Persaingan sesama pemimpin PKR raikan demokrasi

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Pertandingan sengit sesama pemimpin dalam setiap pemilihan parti PKR tidak dilihat sebagai punca perosak parti.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ia sebaliknya dilihat sebagai cara PKR meraikan demokrasi dalam berparti.

Beliau berkata, tradisi pertembungan dalam pemilihan parti ini sudah bermula lama sejak tahun 1999 tetapi mula menjadi perhatian sejak pemilihan PKR tahun lalu.

Menurutnya, ketika itu (1999) PKR hanya menang beberapa kerusi jadi ia kurang dipandang.

"Antara pemilihan yang menjadi sebutan ketika pertembungan antara Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Bekas Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim pada 2010 dan pada 2013, Mohamed Azmin sekali lagi bersaing sengit dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Namun, pertembungan yang pelbagai ini jadi kekuatan sebagai sebuah parti yg benar-benar raikan perjuangan dalam parti," katanya.

Artikel Berkaitan: