Kerajaan perkenal MySTEP tawar 50,000 peluang kerja

Tengku Zafrul pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Tengku Zafrul pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif MySTEP atau Short-term Employment Programme dengan peruntukan lebih RM700 juta.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif itu menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bermula Januari 2021.

Menurutnya, di bawah inisiatif tersebut 35,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan di dalam sektor awam dengan keutamaan mengisi perjawatan seperti jururawat, atendan perubatan, pegawai kebajikan masyarakat serta guru sementara.

“Syarikat GLC pula menyediakan 15,000 peluang pekerjaan yang mengutamakan bidang teknikal dan kewangan serta turut dipanjangkan kepada graduan untuk menjalani program perantisan,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Artikel Berkaitan: