Sila log masuk terlebih dahulu.

KPDNHEP beri amaran kepada peniaga

Ridzuan (tiga dari kanan) ketika meninjau keperluan asas di sebuah pusat membeli belah dalam kawasan PKPB di Mukim 12 pagi tadi.
Ridzuan (tiga dari kanan) ketika meninjau keperluan asas di sebuah pusat membeli belah dalam kawasan PKPB di Mukim 12 pagi tadi.
A
A
A

BAYAN BARU - Jangan ambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di negeri ini.

Amaran itu diberikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang kepada golongan peniaga dalam memastikan pengguna tidak menjadi mangsa terutamanya ketika berdepan dengan situasi yang membimbangkan.

Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, bermula 5 November, pihaknya telah meningkatkan pemeriksaan ke atas premis perniagaan di semua peringkat kawasan yang diwartakan PKPB.

Menurutnya, tindakan itu bagi memastikan tidak ada peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan selain memastikan bekalan makanan dan keperluan harian mencukupi.

"Sekiranya kita dapati ada peniaga melakukan kesalahan menaikan harga sesuka hati, tindakan akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Bagi peniaga yang cuba menyorokkan barangan kawalan, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya ketika ditemui media selepas membuat pemantauan bekalan di sebuah pusat membeli belah dalam kawasan PKPB.

Ridzuan (dua dari kanan) ketika meninjau keperluan asas di sebuah pusat membeli belah dalam kawasan PKPB di Mukim 12 pagi tadi.
Ridzuan (dua dari kanan) ketika meninjau keperluan asas di sebuah pusat membeli belah dalam kawasan PKPB di Mukim 12 pagi tadi.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan perlaksanaan PKPB di Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang berkuat kuasa pada 6 November sehingga 19 November depan.

Artikel Berkaitan:

Perlaksanaan PKPB meliputi kawasan Pusat Beli Belah Queensbay, Bayan Baru, Sungai Ara, Bayan Lepas, Batu Maung dan Zon Perindustrian Bebas serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Ini berikutan sehingga 3 November lalu, sebanyak 35 kes positif Covid-19 termasuk 11 kes baharu telah direkodkan di mukim berkenaan.

Mengulas lanjut, Ridzuan berkata, hasil pemantauan dan laporan diterima mendapati tidak berlaku sebarang pembelian panik namun jumlah pelanggan dikatakan bertambah di beberapa premis perniagaan dan pasaraya sebelum PKPB mula dikuatkuasa hari ini.

Katanya, selain memeriksa makanan dan keperluan asas pihaknya juga melakukan pemantauan terhadap jualan pelitup muka serta cecair pembasmi kuman yang dijual di pasaran.

"Pengguna di Mukim 12 tidak perlu bimbang atau membuat pembelian panik kerana semua barangan kawalan, keperluan asas, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman mencukupi.

"Kita juga akan pastikan tiada sebarang kenaikan harga secara mendadak sehingga mencetuskan situasi panik sepanjang tempoh PKPB," katanya.