Saran semua masjid KL, Putrajaya laksana solat hajat hingga Isnin

Semua masjid, surau Jumaat dan surau diri Jumaat sementara di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya disaran melaksanakan solat hajat.
Semua masjid, surau Jumaat dan surau diri Jumaat sementara di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya disaran melaksanakan solat hajat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau diri Jumaat sementara di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat hajat.

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail berkata, saranan bagi memohon perlindungan ALLAH SWT itu, susulan peningkatan kes Covid-19 yang tinggi dan membimbangkan di negara ini sejak beberapa hari lepas.

“Disarankan solat hajat dilakukan esok (6 November) selepas solat Jumaat dan 7 hingga 9 November selepas solat Maghrib di semua masjid, surau Jumaat dan surau di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Semoga doa yang dimunajatkan dengan penuh keikhlasan, rendah diri, keyakinan dan pengharapan diperkenan oleh ALLAH SWT,” menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Malaysia mencatat jumlah kes baharu lebih 1,000 untuk tiga hari berturut sejak 3 November dengan jumlah kes hari ini sebanyak 1,009 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: