1,009 kes positif Covid-19, enam kematian dicatatkan

DR NOOR HISHAM ABDULLAH
DR NOOR HISHAM ABDULLAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jumlah kes baharu koronavirus (Covid-19) di Malaysia hari ini masih mencatatkan angka empat digit iaitu 1,009 kes menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan virus itu kini 10,503 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 36,434 kes.

“Daripada jumlah kes baharu,1,000 kes adalah penularan dalam negara manakala sembilan kes lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dua kes dari India manakala satu kes masing-masing dari Kazakhstan, Indonesia, Korea Selatan, Nigeria, Afrika Selatan, Mexico dan Kemboja.

"Kesemua kes baharu hari ini melibatkan kes-kes di Sabah sebanyak 564 kes, Selangor (177), Wilayah Persekutuan Labuan (92), Negeri Sembilan (90), Pulau Pinang (36), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (14) Kedah (7), Sarawak (6), Perak (6), Melaka (5), Johor (2) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1)," katanya pada sidang akhbar perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes pulih Covid-19 hari ini mencatatkan 839 kes menjadikan kumulatif kes pulih sepenuhnya sehingga kini sebanyak 25,654 kes atau 70.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu, terdapat enam kes kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 adalah 277 kes, manakala 78 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 28 kes memerlukan bantuan pernafasan. - Bernama

[LIVE] Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia https://t.co/To7d3EJ0Mv

Artikel Berkaitan:

— SinarOnline (@SinarOnline) November 5, 2020