Nahas bas rempuh treler: Pemandu bas miliki rekod saman

Bas ekspres membawa 29 penumpang remuk di bahagian hadapan menyebabkan empat pelancong tersepit dalam kemalangan di Gua Tempurung, semalam.
Bas ekspres membawa 29 penumpang remuk di bahagian hadapan menyebabkan empat pelancong tersepit dalam kemalangan di Gua Tempurung, semalam.
A
A
A

KAMPAR - Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM305.3 Lebuh Raya Utara - Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung, semalam, mempunyai satu rekod saman bersabit kesalahan pandu laju.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan lanjut mendapati bas berkenaan turut mempunyai rekod saman bagi kesalahan pandu laju dan melanggar lampu isyarat.

"Dua saman oleh bas tersebut adalah ketika masih di bawah pengurusan syarikat lama.

"Bagaimanapun, ujian saringan air kencing masih belum dilakukan terhadap pemandu terbabit kerana keadaannya yang parah di bahagian lutut," katanya.

Dalam kejadian itu, lima individu dilaporkan parah, 21 penumpang cedera ringan, dua tidak cedera manakala tiga penumpang bas gagal dikesan.

"Kesemua mereka berusia 18 hingga 60 tahun telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian sementara kenderaan yang terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk pemeriksaan Puspakom," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas bas ekspres, treler: 15 penumpang bas ekspres parah

Artikel Berkaitan:

Semalam, bas ekspres yang dipandu dari arah Kuala Lumpur merempuh sebuah treler yang membawa muatan tanah liat.

Seramai 15 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres parah setelah bas ekspres berkenaan melanggar belakang sebuah treler di KM305.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung.