Nahas bas ekspres, treler: 15 penumpang bas ekspres parah

Bas ekspres membawa 29 penumpang remuk di bahagian hadapan menyebabkan empat pelancong tersepit dalam kemalangan dj Gua Tempurung, hari ini.
Bas ekspres membawa 29 penumpang remuk di bahagian hadapan menyebabkan empat pelancong tersepit dalam kemalangan dj Gua Tempurung, hari ini.
A
A
A

KAMPAR - Seramai 15 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres parah setelah bas yang dinaiki melanggar belakang sebuah treler di KM305.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung hari ini.

Nahas kira-kira jam 6 petang itu telah menyebabkan kesesakan lebih 13 kilometer.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Abd Aziz Abd Rahman berkata, kemalangan itu melibatkan bas ekspres yang membawa 29 penumpang dari Kuala Lumpur dan treler membawa muatan tanah liat.

“Kemalangan itu mengakibatkan 16 orang termasuk pemandu bas parah. Mereka yang parah terdiri daripada enam lelaki dan 10 perempuan.

“14 penumpang lain dilaporkan cedera ringan. Ketika kejadian, empat pelancong terdiri warga Brunei, Singapura dan dua warga Filipina tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya.

Menurutnya, kesemua mereka dihantar ke hospital bagi mendapat rawatan kecemasan.

Operasi masih diteruskan bagi kerja-kerja mengalih kenderaan.

Artikel Berkaitan: