46 wartawan Palestin terbunuh sejak 2000

Israel dilaporkan telah membunuh lebih 46 wartawan Palestin sejak bermulanya Intifada Al-Aqsa pada 2000. - Foto Bernama
Israel dilaporkan telah membunuh lebih 46 wartawan Palestin sejak bermulanya Intifada Al-Aqsa pada 2000. - Foto Bernama
A
A
A

GAZA CITY - Persatuan Wartawan Palestin pada Rabu berkata, Israel telah membunuh lebih 46 wartawan Palestin sejak bermulanya Intifada Al-Aqsa pada tahun 2000, lapor Agensi Anadolu.

Tahseen Al-Astal, timbalan ketua persatuan itu, meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memikul tanggungjawabnya dalam melindungi wartawan dan mendakwa perlakuan jenayah Israel terhadap wartawan Palestin.

"Kumpulan itu setiap tahun mengira antara 500 dan 700 serangan (Israel) dan jenayah terhadap wartawan Palestin dan sudah tiba masanya jenayah ini dihentikan dan mereka yang melakukan dan mengarahkannya perlu bertanggungjawab,” kata Al-Astal dalam satu tunjuk perasaan di luar ibu pejabat PBB di Semenanjung Gaza pada Hari Antarabangsa Bagi Menamatkan Jenayah Terhadap Wartawan.

Beliau menekankan, pelanggaran Israel terhadap wartawan 'bertujuan untuk mendiamkan dan mencegah gambaran sebenar fakta media disampaikan kepada dunia'.

Israel mempunyai sejarah panjang untuk menyasarkan wartawan.

Jawatankuasa untuk Melindungi Wartawan yang berpusat di New York telah merekodkan 17 kejadian wartawan yang disahkan terbunuh di Israel dan wilayah Palestin yang dijajah sejak 1992.

Daripada jumlah itu, 15 wartawan telah terbunuh oleh tembakan Israel.

Tahun 2014, Israel melakukan serangan besar-besaran terakhirnya di sempadan Gaza dan membunuh lebih 2,200 rakyat Palestin, ia merupakan tahun paling berdarah buat wartawan di Palestin. - Bernama

Artikel Berkaitan: