Kempen e-waste jadi teras utama

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2020 pada 23 Oktober lalu mengekalkan tema “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”.
Majlis sambutan yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob itu memberi fokus kepada empat program utama iaitu Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik (e-waste), Sertai Sahabat Sungai melalui Program Denai Sungai Kebangsaan, Kempen Hindari Plastik Sekali Guna dan Penghijauan Bumi & Penanaman Pokok.
Menurut Tuan Ibrahim, bagi meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap buangan e-waste, semua pihak perlu berganding bahu dan mewujudkan jaringan kerjasama dengan semua lapisan masyarakat dan pihak berkepentingan dalam pengendalian e-waste dari isi rumah.
"Bagi memastikan e-waste yang terkumpul dari isi rumah dikendalikan oleh kemudahan yang dilesenkan oleh JAS secara selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar, Kementerian Alam Sekitar & Air (KASA) mengambil inisiatif untuk menetapkan bahawa hari Sabtu terakhir setiap bulan diisytiharkan sebagai hari pengumpulan e-waste di seluruh negara.