45,067 pengguna SAINS terjejas tebing Sungai Linggi runtuh

Pengguna SAINS melibatkan sebahagian kawasan Port Dickson dan Seremban berdepan gangguan bekalan air berikutan gangguan terhadap operasi LRA Sungai Linggi semalam.
Pengguna SAINS melibatkan sebahagian kawasan Port Dickson dan Seremban berdepan gangguan bekalan air berikutan gangguan terhadap operasi LRA Sungai Linggi semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 45,067 akaun pengguna Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) melibatkan sebahagian kawasan Port Dickson dan Seremban berdepan gangguan bekalan air berikutan gangguan terhadap operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi semalam.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata, ia berikutan runtuhan tebing Sungai Linggi yang mengakibatkan gangguan kepada operasi LRA Sungai Linggi.

“Runtuhan tebing sungai tersebut dipercayai disebabkan oleh kejadian hujan lebat yang melanda beberapa kawasan lewat malam semalam.

"Bagaimanapun, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang berusaha melaksanakan kerja-kerja baik pulih di tapak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, antara kawasan yang terjejas di daerah Port Dickson ialah Golf & Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, Kem-kem Batu 5 Jalan Pantai, Selesa Beach Resort, Kem-kem Batu 4 Jalan Pantai, Hotel Seri Malaysia, Hotel Avillion, Hotel Risda, Kilang Cabot, Hotel Corus, Hotel Sunshine Bay, Petron Refinery, Shell Refinery (Line 1&2), Pusat Hemodialisis Batu 1 Jalan Pantai, seluruh kawasan PD Water Front dan Pekan Port Dickson.

Selain itu, TNB (Tuanku Jaafar), Hotel Leparis, Klinik Kesihatan (Hospital Lama), Seafront Hotel, Hotel Lexis, Glory Beach Resort, Hotel Grandpa Dataran Segar, seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga seluruh kawasan Spring Hill, Kualiti Alam & Jimah Power Plant juga terjejas.

“Sementara sebahagian kawasan Seremban, seluruh kawasan Rantau melibatkan Ulu Lalang, Kampung Solok, Kampung Sega Ulu, Sega Hilir, Jalan Kuala Sawah, Rumah Rakyat Nyatoh, Taman Rantau, Taman Pinggiran Senawang, Sekolah Datuk Abdul Razak, Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Hentian R&R Senawang, Senawang Perdana, Senawang Perdana Fasa 2, Batu 13 Jalan Tampin-Seremban,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal SAINS di www.sainswater.com dan juga Facebook Pusat Khidmat Pelanggan – SAINS.

Artikel Berkaitan: