Bapa sayu kenangkan keadaan anak tunggal

Dari kiri: Ali, Aishah dan abang kepada Ubaidilah, Sabri tidak dapat menahan sedih ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.
Dari kiri: Ali, Aishah dan abang kepada Ubaidilah, Sabri tidak dapat menahan sedih ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.
A
A
A

KLANG - Seorang bapa tidak dapat membayangkan keadaan anak tunggalnya ketika terperangkap dalam kebakaran rumah di Kampung Delek Kanan di sini hari ini.

Ali Yusuf, 33, berkata, sebelum kejadian itu anaknya, Mohd Amirudin, 12, tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

“Perubahan itu lebih kepada saya, malam tadi saya terasa mahu menonton cerita Nabi Muhammad SAW ketika menghadapi sakaratul maut.

“Saya sayu mengenangkan azab ketika dicabut nyawa, tetapi bila dikenangkan semula, perasaan itu mungkin memberi petunjuk bahawa sayunya perasaan apabila anak berdepan sakaratul maut,” katanya.

Ali yang bekerja sebagai juruteknik IT berkata, dia tidak menyangka pertemuan dengan anak tunggalnya Ahad lalu merupakan pertemuan terakhir mereka.

Katanya, dia bertemu anak lelakinya tiga hari lalu iaitu sebelum dia bertolak ke Perak atas urusan kerja.

Unit Pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang melakukan penyiasatan di lokasi kebakaran yang melibatkan beberapa unit buah rumah di Kampung Delek Kanan. Foto: ROSLI TALIB
Unit Pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang melakukan penyiasatan di lokasi kebakaran yang melibatkan beberapa unit buah rumah di Kampung Delek Kanan. Foto: ROSLI TALIB

Disebabkan itu katanya, dia membenarkan anak tunggalnya itu tinggal bersama kakak keduanya, Sarimah, 37.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, kakak sulungnya, Aishah Ismail, 42, berkata, Sarimah beriya-iya mahu mengambil Mohd Amirudin sebagai anak angkat.

Menurutnya, biarpun hubungan mereka adalah ibu dan anak saudara, namun Sarimah mahu menjadi ibu kepada Mohd Amirudin mengikut perundangan yang sah.

“Proses pengambilan anak angkat itu sudah dibuat malah ia berada di peringkat terakhir.

“Saya tak sangka, hidup mati mereka bersama, lokasi penemuan kedua-duanya juga tidak jauh," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran 5 rumah: Kanak-kanak rentung antara 5 maut

Pagi tadi, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki rentung manakala empat yang lain maut akibat lemas terhidu asap tebal dalam kebakaran melibatkan lima buah rumah di Kampung Delek Kanan di sini.

Mangsa yang ditemui maut ialah Ubaidilah Ayob, 48, Fauzi Daut, 44, dan isterinya warga Kemboja, Sarimah Yusuf, 37, bersama kakak iparnya Fauziah, 50, serta anak saudaranya Mohd Amirudin Ali, 12.