X

Kindly register in order to view this article
!

Syarikat tempatan dalam proses akhir beli 80 peratus saham KDA FC

Muhammad Sanusi Md Nor
A
A

SEBUAH syarikat tempatan kini dalam rundingan akhir untuk memiliki 80 peratus saham Kedah Darul Aman (KDA) FC daripada Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah).

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, proses pembelian saham dijangka selesai dalam tempoh dua minggu dan pemilihan syarikat itu dipilih berdasarkan kewangan kukuh yang dimilikinya.

Tidak mendedahkan dengan jelas petunjuk dan latarbelakang syarikat itu, Muhammad Sanusi berharap pemilik saham terbesar KDA FC itu akan memacu kelab itu untuk lebih berjaya selain membantu melonjakkan kejayaan bola sepak negara.

"Syarikat ini akan memiliki 80 peratus manakala Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sebanyak 20 peratus. Saya berasa sangat lega kerana beban Kerajaan Negeri akan berkurangan selepas ini.

"MBI Kedah dan syarikat itu sedang perhalusi terma serta undang-undang. Kita jangka akan selesai dalam tempoh dua minggu ini bagi proses pemilikan saham. Kita menilai pasukan Liga Super Kedah adalah sebanyak RM30 juta dan syarikat itu membeli saham sebanyak 80 peratus daripada nilai tersebut,"katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Presiden KFA dan Pengerusi MBI Kedah berkata, corak persiapan pasukan Kedah pada musim depan akan ditentukan oleh syarikat pemegang saham majoriti dalam KDA FC.

"Saya sasar bajet persiapan pasukan berada di bawah RM25 juta pada musim depan namun jika pemegang saham majoriti mampu membayar lebih unuk membawa pemain-pemain ternama termasuk dari luar negara, itu terpulang kepada mereka," katanya.

Pada 21 Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Firdaus Ahmad berkata, setakat ini MBI Kedah sedang mengadakan perbincangan bersama empat syarikat bagi membeli pegangan saham dimilikinya.

Menurutnya, sama ada MBI Kedah mahu menjual keseluruhan saham kepada satu syarikat saja atau berkongsi secara sama rata antara syarikat-syarikat itu, perkara tersebut terpulang kepada hasil perbincangan mereka.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!