Wahai YB, tolonglah jangan degil!

No Image Caption
A
A
A

MERAK Jalanan bukanlah nak main politik apatah lagi nak berpihak pada mana-mana parti.

Walaupun sejak beberapa minggu lalu, bila akhbar Merak Jalanan, Sinar Harian melaporkan secara kritikal dan komprehensif suasana panas politik negara, ada pihak menuduh Sinar Harian suka melaga-lagakan ahli politik.

Pelik sungguh sebab yang keluar masuk Istana, mesyuarat sampai pukul satu dua pagi dan berperang status di Twitter atau FB semua ahli politik sendiri.Tapi bak kata orang mana perkara yang baik kita sokong, mana yang tak betul tetap kita kena tegur.

Samalah macam kes YB Kuala Nerus yang juga Menteri Perladangan dan Komiditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Merak Jalanan akui, Khairuddin memang menjadi antara ahli Kabinet paling kerap menjadi sasaran pembangkang untuk ‘ditembak’.

Tapi YB pun kenalah ambil peringatan. Bila dah terkena satu kes isu kuarantin Julai lalu, janganlah memberi bola tanggung lagi kepada cybertrooper pembangkang. Ini tidak, buat lawatan dan jumpa rakyat tanpa mengenakan pelitup muka.

Sepatutnya sebagai pemimpin apatah lagi Menteri, Khairuddin tunjukkan lah teladan kepada rakyat.

Kepada pegawai-pegawai Khairuddin maaf cakap, anda gagal menjalankan tugas anda dengan baik menjaga imej Pak Menteri.

Artikel Berkaitan:

Dan lebih dukacita, ada pula perbuatan menegakkan benang yang basah. Betul mungkin tidak ada syarat wajib memakai pelitup muka kalau bukan di tempat sesak.

Tapi apakah definisi sesak itu sendiri. Tempat yang ada 5 orang atau 20 orang. Jangan double standard peraturan terhadap rakyat.

Merak Jalanan teringat kisah seorang rakan yang tengah kelaparan ‘dihalau’ keluar dari sebuah restoran makanan segera kerana terlupa memakai pelitup muka baru-baru ini.

Sedangkan hakikatnya kedai itu lengang tiada orang kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Lembah Klang.