Ahli Parlimen BN sokong Belanjawan 2021

Tajuddin Abdul Rahman
Tajuddin Abdul Rahman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini sebulat suara bersetuju untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, persetujuan tersebut dinyatakan oleh semua ahli parti itu dalam satu mesyuarat khas yang diadakan sebentar tadi.

"Mesyuarat (hari ini) kita buat keputusan, kita sokong belanjawan. Kita hendak beritahu bahawa kita tidak ragu-ragu (untuk berikan sokongan).

"Jadi maknanya pihak kerajaan atau Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak perlu bimbang dan ragu. Kita akan pastikan belanjawan di luluskan," katanya ketika ditemui media sebaik selesai menghadiri mesyuarat khas itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Annuar turut menghadiri mesyuarat khas Ahli Parlimen BN di Menara Dato' Onn hari ini.
Annuar turut menghadiri mesyuarat khas Ahli Parlimen BN di Menara Dato' Onn hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan bagi memberi lebih kefahaman kepada Ahli Parlimen tentang sokongan terhadap Belanjawan 2021.

Jelasnya, semua ahli Parlimen solid dan bersatu hati akan memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021 serta keputusan-keputusan yang dibuat parti.

"Ketua Whip parti kemudian akan terangkan kepada ahli parti masing-masing," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: BN adakan mesyuarat khas bincang Belanjawan 2021

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, BN mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Parlimen parti itu untuk membincangkan tentang sokongan terhadap Belanjawan 2021 di Menara Dato' Onn di sini petang ini.

Difahamkan mesyuarat yang bermula jam 3.30 petang tadi itu turut dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Antara pemimpin yang tiba paling awal tiba Ahli Parlimen Tenggara yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba iaitu kira-kira jam 3 petang.