SASKL capai skor QLASSIC 81 peratus

SASKL dapat menampung sehingga 177 pengunjung dan dilengkapi 79 bilik berkembar serta lima bilik berkongsi
SASKL dapat menampung sehingga 177 pengunjung dan dilengkapi 79 bilik berkembar serta lima bilik berkongsi
A
A
A

SKYARENA Sports Kuala Lumpur (SASKL) yang dibangunkan oleh SKY World Development Group’s (SkyWorld) dmemperoleh skor QLASSIC 81 peratus, pencapaian yang diakreditasi oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Ketua Pegawai Operasi SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, pencapaian itu merupakan dorongan yang diperlukan oleh pemaju untuk melaksanakan projek pembangunan serupa dalam usaha meningkatkan komuniti di peringkat nasional.

"Kami ingin mencipta pengalaman menyeluruh bagi mereka yang memilih projek kediaman kami dan gembira diberi peluang untuk memperluas pengalaman SkyWorld dalam aspek pembinaan dan pembangunan lain.

"Keunikan SASKL adalah ia terhubung dengan hotel sukan 84 bilik untuk kemudahan peminat sukan tempatan, serantau dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

SASKL dilengkapi kemudahan yang sesuai dengan standard antarabangsa.
SASKL dilengkapi kemudahan yang sesuai dengan standard antarabangsa.

Beliau berkata, SASKL dapat menampung sehingga 177 pengunjung dan dilengkapi 79 bilik berkembar serta lima bilik berkongsi yang boleh ditempah sama ada secara individu atau berkumpulan.

"Menerusi SASKL, kami telah menggabungkan kecemerlangan kami dalam mewujudkan ruang untuk berehat dan relaks dengan menekankan kemudahan sukan untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat ditandingi kemudahan sukan lain," katanya.

SASKL terletak di kawasan seluas 11.33 hektar yang dirancang untuk pembangunan bersepadu dan dikelilingi fasa kediaman iaitu Ascenda Residences serta Bennington Residences di samping fasa ketiga yang akan dilancarkan pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan: