Unggul akademik, sahsiah, SMU (A) Darul Anuar jadi pilihan ramai

Nik Hamdi Abdul Ghani
Nik Hamdi Abdul Ghani
A
A
A

KOTA BHARU - Kecemerlangan akademik dan keunggulan sahsiah pelajar yang dilahirkan dari Sekolah Menengah Ugama Arab Darul Anuar di Pulau Melaka di sini menjadikan sekolah berkenaan antara pilihan utama ibu bapa sejak 1963 lagi.

Pengetuanya, Nik Hamdi Abdul Ghani berkata, sekolah berkenaan bukan sahaja menjadi pilihan ibu bapa di Kelantan bahkan turut menjadi buruan dari luar negara untuk anak-anak mendalami ilmu agama dan pendidikan selari dengan Kementerian Pendidikan serta Yayasan Islam Kelantan.

Menurutnya, selain Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kedah dan Perak sekolah berkenaan turut menjadi pilihan ibu bapa dari Kemboja dan Thailand untuk menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu di sini.

Sehubungan itu, Nik Hamdi berkata, pihak sekolah kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menyambung pendidikan di tingkatan satu bagi sesi 2021 dengan menghubungi talian 09-7654848 atau 09-7643236 pada waktu pejabat.

“Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran bermula dari sekarang dengan menghubungi talian 014-6024848, 011-26834848 dan 016-4345848.

“SMU A Darul Anuar merupakan sebuah pusat pendidikan peringkat menengah yang ditubuhkan tahun 1963 untuk melahirkan Muslim beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangunkan keluarga, masyarakat, negara serta ummah,” katanya hari ini.

Pendaftaran pelajar baharu tingkatan satu di SMU A Darul Anuar di Pulau Melaka, Kelantan yang kini dibuka.
Pendaftaran pelajar baharu tingkatan satu di SMU A Darul Anuar di Pulau Melaka, Kelantan yang kini dibuka.

Dalam pada itu, Nik Hamdi berkata, misi SMU A Darul Anuar adalah menjadi peneraju kecemerlangan pendidikan Islam dan bahasa Arab menjelang 2023.

Artikel Berkaitan:

Nik Hamdi juga turut berkongsi pencapaian sekolah antaranya menyertai pertandingan memanah Mistac 2019 peringkat antarabangsa, pertandingan drama Mandarin, Kalam Jamaie, dikir Arabi pelajar lelaki di peringkat negeri dan pertandingan seni kaligrafi khat peringkat negeri.