Pemandu Alza pandu lawan arus dicari

Rakaman video Perodua Alza berwarna merah yang dipandu secara berlawanan arus di Lebuhraya Utara-Selatan tular sejak petang semalam. (Gambar kecil: Mohd Said Ibrahim)
Rakaman video Perodua Alza berwarna merah yang dipandu secara berlawanan arus di Lebuhraya Utara-Selatan tular sejak petang semalam. (Gambar kecil: Mohd Said Ibrahim)
A
A
A

SEREMBAN - Polis sedang mengesan dan mengenal pasti pemandu sebuah Perodua Alza berwarna merah yang dipandu secara berlawanan arus di Lebuhraya Utara-Selatan selepas satu rakaman video mengenainya tular di media sosial sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, berdasarkan rakaman video berdurasi 36 saat itu, kejadian tersebut berlaku di sekitar kawasan hentian rehat Senawang di Kilometer (KM) 248 (U) menuju ke arah KM 240 (U) Lebuhraya Utara-Selatan.

"Kereta ini dipandu di lorong kecemasan secara melawan arus seterusnya memasuki Plaza Tol Pedas-Linggi lalu dipandu ke arah selatan.

"Hasil siasatan awal juga mendapati pemilik kenderaan tersebut merupakan seorang wanita berumur 24 tahun yang menetap di Kulai, Johor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, status pemandu yang memandu kenderaan tersebut masih belum dapat dipastikan.

"Sehingga kini, pihak polis giat mengenal pasti dan mengesan pemandu kenderaan itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Sebarang makluman boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban, Inspektor Syaifullah di talian 019-6327732," katanya.

Artikel Berkaitan: