Tiga kenderaan hangus

Tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di RPA Changkat Sodang, Seri Iskandar, Ipoh awal pagi tadi.
Tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di RPA Changkat Sodang, Seri Iskandar, Ipoh awal pagi tadi.
A
A
A

SERI ISKANDAR - Tiga kenderaan milik sebuah keluarga musnah dalam kebakaran di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Changkat Sodang, Seri Iskandar, di sini hari ini.

Kejadian sekitar jam 1.50 pagi itu membabitkan sebuah van dan dua buah kereta jenis Perodua Viva dan Kancil yang diletakkan di parkir rumah.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, buat masa ini belum dapat dipastikan sama ada kejadian itu ada kaitan dengan perbuatan khianat.

"Kes ini masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sekiranya ada bukti atau unsur jenayah, maka siasatan lanjut akan dilakukan," katanya.

Menurutnya, anggota dari Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak turut ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal.

"Pemilik ketiga-tiga kenderaan adalah adik-beradik dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seri Iskandar, pagi tadi," katanya.

Operasi pemadaman dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar dan tamat sepenuhnya jam 3 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: