Takut lembu kena tangkap

Lembu yang dibiarkan lepas ditangkap penguatkuasa MDKS dalam operasi bersepadu di daerah ini.
Lembu yang dibiarkan lepas ditangkap penguatkuasa MDKS dalam operasi bersepadu di daerah ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Tahu pula munculkan diri apabila ternakan lembu yang dibiarkan lepas di kawasan taman dan jalan raya cuba ditangkap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Begitulah gelagat pemilik lembu yang tiba-tiba muncul entah dari mana dan cuba mengganggu operasi penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Selangor di sekitar kawasan Bestari Jaya dan Jeram.

Lebih dikesalkan, jika kemalangan maut membabitkan kes langgar lembu ternakan mereka, masing-masing membatu diri dan tidak mengaku ternakan sendiri.

Pemilik lembu dikenakan tindakan kompaun serta merta gara-gara membiarkan ternakan berkeliaran di kawasan taman perumahan dan jalan awam di daerah ini.
Pemilik lembu dikenakan tindakan kompaun serta merta gara-gara membiarkan ternakan berkeliaran di kawasan taman perumahan dan jalan awam di daerah ini.

Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat berkata, operasi ini dijalankan di kawasan yang sering berlaku kemalangan membabitkan haiwan ternakan sehingga menyebabkan kematian penunggang motorsikal pada 2018 lalu.

"MDKS menyedari operasi ini sering menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penternak di sekitar kawasan Kuala Selangor.

"Namun, apa yang dilakukan adalah untuk mencegah haiwan ternakan mereka supaya tidak berkeliaran demi kebaikan semua pihak terutamanya pengguna jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian sempena operasi bersepadu pemantauan/penangkapan lembu liar yang memasuki kawasan laluan awam dan perumahan di daerah ini. .

Artikel Berkaitan:

Dalam operasi itu katanya, sebanyak dua kompaun dikeluarkan serta merta kepada pemilik lembu di Taman Sri Pancaran Bestari Jaya dan Jalan Raja Abdullah Jeram.

"Tindakan ini di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 dan boleh didenda sehingga RM200 sebagai peringatan kepada pemilik ternakan.

" MDKS boleh mengurung mana-mana lembu-kerbau yang ditangkap dan disimpan di suatu tempat atas risiko pemunya atau penjaga lembu-kerbau

sehingga belanja bagi tangkapan, kurungan dan memberi makan lembu-kerbau itu dibayar.

"Barulah pemunya atau penjaga boleh menuntut kembali lembu-kerbau itu di bawah Seksyen 4(4) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971," katanya.