'Flash mob' desak ahli politik bantu negara, bukan rebut kuasa

Sekumpulan anak muda memegang poster menggesa ahli politik agar berhenti bermain politik di Jalan Shahab, Alor Setar hari ini.
Sekumpulan anak muda memegang poster menggesa ahli politik agar berhenti bermain politik di Jalan Shahab, Alor Setar hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Sekumpulan anak muda mengadakan 'flash mob' hari ini bagi menggesa semua ahli politik membantu negara mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19) dan bukannya berebut kuasa sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Pengerusi Perkasa Parlimen Kuala Kedah, Mohd Asri Mustaffa berkata, semua pihak perlu akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya memberhentikan segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan negara.

Menurutnya, tindakan untuk mengadakan pilihan raya hanya akan mengundang bencana lebih besar kepada negara dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah perlu dijadikan iktibar.

"Jumlah kes positif harian Covid-19 di negara ini pernah capai angka satu digit tetapi selepas PRN Sabah, angka positif mencecah kepada ribuan. Banyak kluster wujud disebabkan PRN.

"(Sebab itu) ahli politik perlu tumpu kepada usaha membantu negara mengekang pandemik ini. Matlamat kita ialah menjunjung titah Seri Paduka Baginda supaya ahli politik mengetepikan isu berkaitan politik," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Asri
Mohd Asri

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas 'flash mob' yang berlangsung kira-kira setengah jam di Jalan Sultanah Bahiyah dan Jalan Shahab di sini.

Mohd Asri mendakwa, tindakan ahli politik yang berterusan 'bermain' politik untuk mengekalkan kerusi hanya menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohd Asri berkata, pihaknya juga mengkritik tindakan seorang peguam memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong yang enggan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengisytiharkan darurat.

"Siapa peguam itu untuk saman tuanku, Dia tak hormat tuanku. Dia tinggal di negara mana?" katanya.