MKN bincang wujud pusat kuarantin di Pulau Omadal esok

MKN membincangkan keperluan mewujudkan pusat kuarantin baharu di kawasan Pulau Omadal di Semporna, Sabah dalam mesyuarat khas esok berikutan lokasi pulau itu terletak kira-kira 18 Kilometer dari pekan Semporna dan hanya boleh diakses menggunakan bot.
MKN membincangkan keperluan mewujudkan pusat kuarantin baharu di kawasan Pulau Omadal di Semporna, Sabah dalam mesyuarat khas esok berikutan lokasi pulau itu terletak kira-kira 18 Kilometer dari pekan Semporna dan hanya boleh diakses menggunakan bot.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Majlis Keselamatan Negara (MKN) membincangkan keperluan mewujudkan pusat kuarantin baharu di kawasan Pulau Omadal di Semporna, Sabah dalam mesyuarat khas esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokasi pulau itu terletak kira-kira 18 Kilometer dari pekan Semporna dan hanya boleh diakses menggunakan bot.

"MKN Sabah boleh menasihatkan mesyuarat esok sama ada tempat sesuai serta kekuatan anggota yang ada untuk mengawal.

"MKN juga bincang pengendalian individu tidak berdokumen untuk menjalani saringan Covid-19 memandangkan ia bukan hanya melibatkan tanggungjawab Kementerian Kesihatan (KKM) semata-mata malah bidang kuasa Jabatan Imigresen," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Menurutnya, MKN akan membincangkan perincian prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) sepanjang tempoh PKPB di Lembah Klang untuk menghasilkan situasi menang-menang kepada pengusaha dan ibu bapa yang perlu bekerja.

"Kita akan terus berbincang dengan KKM bagaimana nak bantu kedua-dua ibu bapa yang terpaksa bekerja (di lapangan/pejabat) dan tidak ada tempat untuk meninggalkan anak mereka selain di pusat jagaan, setiap keputusan mesti dapat persetujuan KKM.

"Kita sangat faham perkara ini, sebab itulah kita mulakan dengan pelaksanaan bekerja dari rumah bagi membantu situasi ibu bapa yang tidak mempunyai pembantu untuk menjaga anak kerana Taska tutup," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, katanya, MKN akan memperincikan SOP melibatkan pengurusan mangsa ke pusat pemindahan bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19 sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir di pantai timur susulan jangkaan musim tengkujuh bulan ini.

"Kita faham dalam proses pemindahan mangsa banjir di pusat pemindahan, mereka akan tidur di khemah, atas lantai dalam satu kawasan tertutup yang sama, malah perlu berkongsi tandas," katanya.

Ismail Sabri berkata SOP itu termasuk cara mengendalikan orang kurang upaya, warga emas dan kanak-kanak yang melibatkan sentuhan ketika memberi bantuan.

Katanya pergerakan dan penglibatan pihak terlibat seperti badan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan juga akan diambil kira. - Bernama