Nufam minta Muhyiddin teliti semula pengeluaran KWSP

Pekerja di sektor penerbangan merupakan antara kumpulan yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19
Pekerja di sektor penerbangan merupakan antara kumpulan yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19
A
A
A

SHAH ALAM - Kesatuan Kebangsaan Atendan Penerbangan Malaysia (Nufam) memohon Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meneliti semula cadangan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Timbalan Setiausaha Agongnya, Shashi Kumar berkata, ribuan pekerja kini terdesak terutama di sektor penerbangan yang memerlukan wang simpanan mereka.

Menurutnya, wang simpanan KWSP merupakan simpanan yang diperlukan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Ramai dalam keadaan susah hari ini dan mereka hanya memohon keluaran sebanyak RM10,000, bukan semua amaun simpanan.

“Kami risau jika wang simpanan KWSP ini tidak dapat dikeluarkan oleh pekerja, maka ramai pula akan meminjam wang daripada ah long atau peminjam wang yang tidak berlesen.

“Ini akan berlaku dalam keadaan terdesak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Jelas beliau lagi, ramai pekerja dalam sektor penerbangan telah diberhentikan kerja dan hari ini sekali lagi, pejabat kami dimaklumkan lebih 2,000 pekerja dari syarikat Malindo Air menerima surat pemberhentian.

Tambahnya, wang pampasan yang diterima kebanyakannya kurang daripada RM5,000 seorang.

Artikel Berkaitan:

“Ramai antara pekerja yang dibuang merupakan golongan B40 dan M40.

“Jadi, macam mana mereka mahu menanggung kehidupan dalam tempoh masa yang akan datang jika kerajaan tidak memberi kelonggaran ini?” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib minta kerajaan pertimbang lagi pengeluaran akaun 1 KWSP

ARTIKEL BERKAITAN : [VIDEO] Muhyiddin beri bayangan Belanjawan 2021 tumpu usaha perangi Covid-19