Remaja cedera parah dihempap dahan pokok

Mohamad Noor Yusof Ali
Mohamad Noor Yusof Ali
A
A
A

KUANTAN - Seorang remaja cedera parah akibat dihempap dahan pokok yang jatuh ketika dia sedang menunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Indera Mahkota 2 di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kejadian kira-kira jam 8.27 malam itu, Adib Mahfuza Mufli, 14, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cenderawasih sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego bersendirian dari arah Lorong IM 2/71 menuju ke arah Jalan IM 2.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, sebatang dahan pokok di tepi jalan jatuh dan menghempap mangsa bersama motosikalnya.

"Akibat kejadian, mangsa cedera parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan," katanya.

Artikel Berkaitan: