Orang Islam berhak untuk marah, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Presiden Peranci Emmanuel Macron bersikap primitif kerana menuduh orang Islam terlibat dalam pembunuhan guru yang menghina Islam, malah menegaskan tindakan membunuh bukan ajaran Islam.

“Orang Islam berhak untuk marah dan bunuh orang Perancis bagi membalas pembunuhan mereka pada masa lampau, tetapi orang Islam tidak pernah mengamalkan peraturan sedemikian," katanya menerusi tulisan di www.chedet.cc

Jelas Dr Mahathir, sejarah membuktikan bahawa orang Perancis pernah membunuh jutaan manusia, yang ramai mangsanya terdiri dari orang Islam.

Mahathir turut membangkitkan perbezaan nilai dan tanggapan terhadap agama antara orang Islam dan orang Eropah.

Dr Mahathir menegaskan, Perancis harus mendidik rakyatnya agar menghormati perasaan orang lain.

"Muslim tidak berbuat demikian. Orang Perancis (juga) tidak harus buat demikian. Orang Perancis sebaliknya perlu belajar menghormati perasaan orang lain.

Artikel Berkaitan: