KPDNHEP rampas 513 tong LPG

Antara tong gas LPG yang dirampas KPDNHEP dalam serbuan yang dilakukan di Nibong Tebal.
Antara tong gas LPG yang dirampas KPDNHEP dalam serbuan yang dilakukan di Nibong Tebal.
A
A
A

NIBONG TEBAL- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Cawangan Seberang Perai Tengah merampas sebanyak 513 tong gas petroleum cecair (LPG) di sebuah premis penyimpanan serta penjualan barang kawalan ini kawasan perindustrian di sini.

Semua rampasan membabitkan nilai keseluruhan RM57,304 itu dibuat hasil risikan serta maklumat awam yang mengesan aktiviti mencurigakan di premis terbabit.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Mohd Suffian Mohd Abass berkata, hasil serbuan pada jam 11.15 pagi itu mendapati premis berkenaan dikesan melanggar syarat yang diberikan dengan menyimpan stok melebihi kebenaran lesen.

"Premis terbabit merupakan premis yang mempunyai lesen borong dengan had simpanan semasa 2,000 kilogram (kg) dan lesen runcit 1000 kg.

"Bagaimanapun ketika diperiksa premis berkenaan memiliki LPG melebihi had kuantiti dibenarkan dalam lesen dengan jumlah keseluruhan sebanyak 7,444kg iaitu iaitu telah melebihi sebanyak 4,444kg daripada had simpanan yang dibenarkan," katanya.

Mohd Suffian berkata, premis terbabit didapati melanggar Peraturan 9(1) dan 10(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Katanya, selain merampas stok LPG membabitkan 454 tong berkapasiti 14kg, 49 tong kapasiti 12kg dan 10 tong 50kg, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 32 tahun yang mengaku sebagai pengurus syarikat itu untuk diambil rakaman percakapan bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: