Covid-19: SRIDI Paka ditutup

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengambil langkah menutup Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Paka, bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengambil langkah menutup Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Paka, bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).
A
A
A

DUNGUN – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengambil langkah menutup Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Paka, bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Pesuruhjaya JHEAT, Mat Azmi Arshad berkata, sekolah tersebut ditutup bermula 26 Oktober hingga 8 November depan bagi proses sanitasi.

Beliau berkata, langkah awal itu diambil bagi memelihara murid serta kakitangan di sekolah ekoran peningkatan bilangan kes Covid-19 di daerah berkenaan.

"Setakat ini tiada kes positif Covid-19 yang direkodkan di sekolah ini namun kita mengambil langkah berjaga-jaga agar penularan Covid-19 dapat dibendung.

"Tambahan pula, difahamkan terdapat keluarga murid yang pernah singgah di sebuah kedai makan yang sebelum ini diarah tutup oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagi proses sanitasi disebabkan kes Covid-19.

"Ini adalah langkah untuk mencegah penularan dan memutuskan rantaian Covid-19 yang berlaku di kawasan Ketengah Jaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, sepanjang penutupan proses pembelajaran dan pengajaran akan berlangsung secara dalam talian sebelum ia beroperasi semula pada 9 November nanti.

Artikel Berkaitan: