X

Kindly register in order to view this article
!

Kerani tipu terlibat kemalangan didenda RM3,500

Laporan Sinar Harian terhadap tertuduh yang pertama kali dihadapkan ke mahkamah.
A
A

SEREMBAN - Seorang kerani di sebuah ladang didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas mengaku bersalah

atas pertuduhan membuat tuntutan palsu bayaran faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

Majistret Norzaliza Tesmin menjatuhkan hukuman itu terhadap S Uma Devi, 24, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya dan memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Uma Devi dituduh membuat pernyataan palsu terlibat dalam kemalangan pada 11 Mei 2019, kira-kira jam 9.10 malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di IOI Plantation Sdn Bhd Ladang Regent di Gemencheh, Tampin dekat sini.

Perbuatan dilakukan pada 9 Julai 2019 di Perkeso Negeri Sembilan itu didakwa mengikut Seksyen 93(a) Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969 (Akta 4) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 93 akta sama.

Jika sabit kesalahan, Uma Devi boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Perkeso, Yuzain Md [email protected] Yusof.

Terdahulu tertuduh yang pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada 30 September lalu atas pertuduhan terbabit membuat pengakuan tidak bersalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerani didakwa tipu terlibat kemalangan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!