Krisis kecederaan buat Klopp pening kepala

Fabinho mengalami kecederaan hamstring dalam perlawanan menentang Midtjylland awal pagi tadi.
Fabinho mengalami kecederaan hamstring dalam perlawanan menentang Midtjylland awal pagi tadi.
A
A
A

LIVERPOOL terus menghadapi krisis di bahagian pertahanan apabila Fabinho mengalami kecederaan ketika The Reds menewaskan Midtjylland 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi tadi.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui Fabinho kemungkinan akan terlepas beberapa perlawanan selepas mengalami kecederaan hamstring tersebut.

"Kami perlu menunggu pemeriksaan tetapi saya tahu apabila melibatkan kecederaan hamstring, dia akan terpaksa berehat panjang.

"Sekarang saya hanya menanti selama mana dia tidak dapat bermain. Jika dikatakan seminggu maknanya dia akan terlepas tiga perlawanan, kalau 10 hari empat perlawanan dan kalau 14 hari dia akan terlepas tujuh perlawanan.

"Ia sudah tentu bukan perkara yang bagus untuk pasukan. Saya harap kecederaannya tidak teruk," katanya.

Dengan kecederaan yang dialami Virgil van Dijk untuk tempoh yang lama, Fabinho mengisi tempat ditinggalkan pemain Belanda itu dan kecederaan terbaharu tersebut menambahkan krisis yang dialami di benteng pertahanan.

Dalam masa sama, Klopp mengakui bakal berhadapan situasi sukar sekiranya Fabinho turut terpaksa diketepikan untuk jangka masa yang panjang.

"Perlawanan hari ini adalah sesuatu yang sangat mencabar. Ia seperti perkahwinan. Ada perkara baik dan ada perkara buruk.

Artikel Berkaitan:

"100 peratus kami perlu bersama-sama dan berjuang dengan kuat dan itu yang dilakukan oleh semua pemain hari ini. Kehilangan Fabinho pada separuh masa pertama, Williams yang baru berusia 19 tahun dan saya rasa dia bermain lebih banyak dalam saingan Liga Juara-Juara daripada Liga Perdana Inggeris.

"Kami bermain baik, tetapi ia menjadi satu kejutan dan tekanan kepada pemain kerana kita berhadapan dengan banyak krisis kecederaan," katanya.

Dalam perlawanan itu, Diogo Jota dan Mohamed Salah masing-masing menjaringkan satu gol untuk memastikan tiga mata buat kelab gergasi England itu.