X

Kindly register in order to view this article
!

Kes kematian di Argentina melepasi 29,000

Argentina semalam mencatatkan 406 lagi kematian akibat pandemik Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan seramai 29,301.- Foto 123RF
A
A

BEIJING - Argentina semalam mencatatkan 406 lagi kematian akibat pandemik koronavirus (Covid-19) menjadikan jumlah keseluruhan seramai 29,301, menurut Kementerian Kesihatan, lapor agensi berita Xinhua.

Kementerian itu juga melaporkan 11,712 kes baharu menjadikan bilangan keseluruhan 1,102,301 dengan 909,586 pemulihan.

Di Bogotta, Colombia dilaporkan jumlah jangkitan sudah mencecah 1,025,052 dan 9,167 kes baharu didaftarkan dalam 24 jam lalu, kata pihak berkuasa kesihatan.

Sementara itu, 194 lagi kematian dilaporkan menjadikan seramai 30,348 orang meninggal dunia setakat ini manakala 924,044 orang sembuh.

Di New Zealand pula melaporkan satu kes import baharu dengan tiada kes tempatan baharu direkodkan hari ini, memetik laman web mengenai pengasingan kendalian kerajaan.

Kes import itu melibatkan individu yang tiba dari London melalui Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Kesihatan Ashley Bloomfield pada taklimat media.

Kes disahkan di New Zealand sehingga kini berjumlah 1,585 dan bilangan kes aktif kekal pada 68 selepas tujuh pesakit pulih, kata Bloomfield.

Di Los Angeles, negeri paling padat di Amerika Syarikat (AS), menyaksikan jangkitan Covid-19 melebihi 300,000 dan jumlah kematian mencecah 7,000.

"Hari ini, Kesihatan Awam telah mengesahkan lapan kematian dan 861 kes baharu," kata Jabatan Kesihatan Awam Daerah Los Angeles dalam satu kenyataan sambil menambah jumlah korban mencapai tahap membimbangkan dengan 7,000 kematian dan 300,614 kes positif.

Di Brazil pula 15,726 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,409,854, kata kementerian kesihatan.

Seramai 263 lagi meninggal dunia menyaksikan virus maut itu sudah meragut keseluruhan 157,397 nyawa.

Sao Paulo menjadi negeri paling teruk diancam dengan 38,753 kematian dan 1,092,843 kes dilaporkan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!