Pesara mahu anjur program infaq daging rugi RM342,869

Seorang pesara kerajaan kerugian RM342,869 selepas diperdaya ahli sindiket pinjaman wang tidak wujud yang dikenalinya menerusi laman sosial, Instagram. Gambar hiasan. - Foto 123RF
Seorang pesara kerajaan kerugian RM342,869 selepas diperdaya ahli sindiket pinjaman wang tidak wujud yang dikenalinya menerusi laman sosial, Instagram. Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pesara kerajaan kerugian RM342,869 selepas diperdaya ahli sindiket pinjaman wang tidak wujud yang dikenalinya menerusi laman sosial, Instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, lelaki berusia 62 tahun itu berhasrat membuat pinjaman berhubung satu program dianjurkan mangsa.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa ingin membuat pinjaman sebanyak RM200,000 daripada sebuah syarikat bagi tujuan pembayaran semula program infaq daging yang mangsa anjurkan.

"Dia kemudian diminta melakukan pembayaran bermula pada 29 September lalu bagi mendapatkan pinjaman tersebut sehingga Sabtu lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa sempat membuat sebanyak 71 transaksi keseluruhannya kepada sembilan akaun bank yang berbeza.

"Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila diberitahu anak-anaknya pada hari Sabtu lalu selepas dia meminta bantuan anak-anak untuk membuat pembayaran.

"Mangsa membuat laporan polis semalam dan kita sedang mengesan sembilan pemilik nombor akaun berkenaan untuk membantu melengkapkan siasatan ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: