X

Kindly register in order to view this article
!

Operator kilang rugi RM4,600 beli kereta tidak wujud

Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A

KUANTAN - Hasrat seorang operator kilang untuk memiliki sebuah kereta tidak kesampaian apabila kerugian RM4,600 selepas mendakwa dirinya terpedaya dengan penjualan kenderaan tidak wujud menerusi laman sosial awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki berusia 46 tahun itu mendakwa berminat untuk memiliki kenderaan berkenaan selepas melihat iklan penjualan sebuah kereta di Singapura melalui laman Facebook pada 2 Oktober lalu.

Beliau berkata, mangsa telah menghubungi suspek melalui nombor yang tertera di iklan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp bagi berbincang mengenai urusan jual beli dan kemudiannya membuat pembayaran pendahuluan.

"Mangsa mendakwa telah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM4,600 dan baki bayaran hanya dibayar selepas menerima kereta tersebut.

"Selepas menerima bayaran pendahuluan, suspek sekali lagi meminta wang dimasukkan ke dalam akaunnya, bagaimanapun mangsa enggan berbuat demikian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Wazir berkata, sejurus itu mangsa cuba menghubungi suspek bagi mendapatkan wang pendahuluannya semula selepas merasa curiga, namun mendapati nombor telefonnya telah disekat dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!