X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat jangan terpengaruh dengan PH Plus: Pemuda Pas

Hanafi Zulkapli
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mengkritik Pakatan Harapan (PH) Plus yang mendesak untuk diadakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan mendakwa pelaksanaan darurat hanya untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengelak daripada mengadakan pilihan raya umum (PRU).

Ketuanya, Hanafi Zulkapli berkata, semua pihak perlu kekal tenang dengan polemik darurat yang tersebar di media sosial sejak kebelakangan ini.

"Masyarakat diharapkan supaya tidak terpengaruh dengan naratif media PH Plus yang cuba menggambarkan impak buruk darurat yang digembar-gemburkan.

"Jelas sekali tindakan PH Plus tidak sensitif dengan keluhan rakyat dan beban yang dipikul oleh petugas barisan hadapan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hanafi berkata, sekiranya wajar darurat dikuatkuasakan, pastinya ia darurat politik bagi menghentikan atau menangguhkan sebarang isu politik yang boleh merencatkan dan mengganggu perkara berkaitan kebaikan dan maslahat umum rakyat.

"Dalam situasi negara sedang berhadapan dengan gelombang ketiga pandemik Covid-19, pastinya tumpuan utama yang mesti diberikan ialah kesihatan dan keselamatan rakyat dan negara.

"Jelas sekali ia diutamakan berbanding dengan isu-isu berbaur politik yang menjelikkan seperti yang sedang dilakukan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!