Arteta tidak terkejut prestasi Aubameyang dipersoal

Arteta (kanan), memberikan arahan kepada Aubameyang dalam satu perlawanan. - Foto The Guardian.com
Arteta (kanan), memberikan arahan kepada Aubameyang dalam satu perlawanan. - Foto The Guardian.com
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta tidak terkejut jika ada pihak yang mempersoalkan mengenai prestasi penyerangnya Pierre-Emerick Aubameyang yang dilihat agak bergelut untuk menjaringkan gol musim ini berbanding musim-musim terdahulu.

Menurut Arteta, sememangnya menjadi tugas penyerang kelahiran Gabon itu untuk menjaringkan gol pada setiap perlawanan yang diharungi.

Malah katanya, pertukaran posisi daripada penyerang di sebelah kiri kepada penyerang tengah juga bukan punca kepada kegagalan penyerang berkenaan menjaringkan lebih banyak gol musim ini.

“Sebagai penyerang, dia (Aubameyang) memang diharapkan untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

“Espektasi kepadanya memang tinggi untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan sesuai dengan statusnya sebagai salah seorang ‘nama besar’ dalam bola sepak.

“Oleh itu, dia perlu bijak menguruskan segala hal melibatkan apa yang telah dilakukannya pada masa lalu dan apa yang diharapkan daripadanya pada masa hadapan,” katanya.

Untuk rekod, Aubameyang yang melakukan debut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) mulai Februari 2018, Aubameyang telah menjaringkan 55 gol berbanding bintang Liverpool Mohamed Salah yang meledak 60 gol.

Berbanding pada awal musim 2020/21, Aubameyang mencatatkan rekod cemerlang dengan menjaringkan gol setiap 128 minit.

Artikel Berkaitan:

Namun musim ini menyaksikan Aubameyang memerlukan setiap 450 minit untuk menjaringkan gol di mana secara puratanya satu gol dalam setiap lima perlawanan.

Sementara itu Areta berkata, penyerang berusia 31 tahun itu memiliki peluang besar untuk meledak lebih banyak gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ini.

Katanya, ini berdasarkan kepada keupayaan pemain berkenaan menjaringkan gol pada aksi Liga Europa menewaskan Rapid Vienna 2-1 di Stadium Allianz, kelmarin.

“Dia perlu mendapatkan lebih banyak peluang menjaringkan gol dengan menerima lebih banyak bola ketika berada dalam kotak penalti lawan,” katanya.