X

Kindly register in order to view this article
!

Benteng The Gunners perlu lebih serius

Bernd Leno
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui pertahanan The Gunners terutamanya penjaga gol masih memerlukan penambahbaikan segera selepas Bernd Leno melakukan kesilapan semasa melakar kemenangan tipis 2-1 ketika berkunjung ke Stadion Allianz menentang gergasi Austria, Rapid Vienna pada aksi peringkat kumpulan Liga Europa.

Malah menurut pengendali berusia 38 tahun itu, walaupun beliau tegas mempertahankan falsafah melakukan gerakan bermula dari bawah, namun mengakui terdapat keadaan memerlukan pemain melihat di luar konteks berkenaan.

“Situasi yang berlaku kepada Leno adalah perkara biasa dalam bola sepak, namun perlu dielakkan berlaku lebih kerap pada masa depan. Dalam bola sepak kita harus memahami implikasi terhadap permainan kelab dalam setiap tindakan terutama apabila berada dalam kawasan pertahanan kita.

“Pemain-pemain Arsenal perlu faham bila boleh melakukan hantaran dalam kawasan penalti dan juga bila masa perlu untuk mengeluarkan bola dari kawasan pertahanan,” katanya.

Pada aksi itu, anak buah Dietmar Kuhbauer terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Taxiarchis Fountas pada minit ke-51 yang memanfaatkan kesilapan Leno.

Tonggak kebangsaan Greece itu hampir meledak dua gol lagi gara-gara kesilapan penjaga gol kelahiran Jerman berusia 28 tahun berkenaan, namun Fountas yang berusia 25 tahun gagal menterjemahkannya dalam bentuk jaringan.

Anak buah Arteta yang tidak menyerlah kalah bangkit meledak dua gol dalam masa empat minit hasil jaringan David Luiz (70') dan Pierre-Emerick Aubameyang (74') bagi memastikan tiga mata The Gunners dari bumi Austria.

Mengenai perlawanan itu, bekas penolong Pep Guardiola di Manchester City berkenaan mengakui Rapid Vienna bukan lawan yang mudah untuk ditewaskan dalam perlawanan tersebut.

“Sejak awal kami menyedari bahawa Rapid Vienna bukan lawan yang mudah berdasarkan rekod mereka di laman sendiri.

“Apabila kami bolos pada babak kedua kami tahu bahawa permainan akan menjadi lebih sukar, namun pengalaman nyata berpihak kepada Arsenal.

“Pemain-pemain tidak terjejas dengan gol lawan sebalik kembali fokus mencari jaringan bukan jaringan penyamaan tetapi jaringan tiga mata. Secara jujur saya gembira dengan kemenangan pada penampilan pertama peringkat kumpulan ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!