Gangguan air di tujuh kawasan di SPT Sabtu depan

Jaseni Maidinsa
Jaseni Maidinsa
A
A
A

GEORGETOWN- Tujuh kawasan sekitar Jalan Permatang Rawa ke Jalan Perda Utama akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama lapan jam pada Sabtu minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata, gangguan tersebut disebabkan kerja-kerja penyambungan akhir paip untuk memasang injap kupu-kupu berdiameter 600 milimeter (mm) di Jalan Permatang Rawa, Seberang Perai Tengah (SPT).

Menurutnya, gangguan bekalan air di kawasan terbabit akan bermula pada jam 10 malam, 31 Oktober (Sabtu) sehingga 6 pagi, 1 November (Ahad).

"Bagi membolehkan kerja-kerja fizikal ini, PBAPP perlu mengasingkan dan menutup bahagian saluran paip 600 mm sedia ada.

"Penutupan saluran paip ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama lapan jam di kawasan tertentu di Jalan Perda Utama dan Permatang Rawa. Kira-kira 2,600 akaun air akan terjejas oleh gangguan bekalan air ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air pada Sabtu minggu depan.
Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air pada Sabtu minggu depan.

Jelasnya, kawasan yang terjejas adalah Kampung Permatang Batu; Kampung Permatang Rawa; kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Permatang Batu; IKS Permatang Rawa; Flat dan Kondominium Prominence Taman Riang dan kawasan perniagaan Bandar Perda Timur.

"Pengguna di kawasan berikut dinasihatkan untuk menyimpan air yang mencukupi untuk penggunaan selama lapan jam.

Artikel Berkaitan:

"Kerja-kerja pemasangan paip ini adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pembekalan air ke daerah SPT. PBAPP memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku," katanya.