X

Kindly register in order to view this article
!

Purdah, niqab tidak mampu halang jangkitan Covid-19

KKM mengesyorkan individu yang memakai purdah dan niqab turut memakai pelitup muka di bahagian dalam. Foto 123RF
A
A

PUTRAJAYA - Pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang individu tersebut daripada dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya dua jenis pelitup muka yang disaran digunakan untuk mengelak daripada dijangkiti virus berkenaan.

"Purdah satu lapisan tidak cukup (melindungi dari dijangkiti)," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan individu yang memakai purdah dan niqab turut memakai pelitup muka di bahagian dalam.

"Sama ada menggunakan pelitup muka perubatan ataupun fabrik tiga lapis di sebalik purdah," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keperluan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah.

Ia sekali gus menoktahkan persoalan bagi wanita berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!