Mesyuarat khas Kabinet esok bukan luar biasa

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Satu mesyuarat khas Kabinet yang akan diadakan di Putrajaya esok merupakan amalan biasa bagi menyelesaikan pelbagai urusan kerajaan yang tertangguh.

Menurut seorang sumber yang enggan dikenali berkata, tiada sebarang perbincangan mengenai rombakan Kabinet akan dibangkitkan.

"Mesyuarat Kabinet khas ini perkara biasa kerana sebab sudah beberapa kali mesyuarat Kabinet sudah tertangguh jadi ada banyak urusan kerajaan yang perlu diselesaikan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, seorang sumber berkata, mesyuarat Ahli Jemaah Menteri akan diadakan di Jabatan Perdana Menteri dan akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesyuarat khas di Putrajaya esok cetus spekulasi rombakan Kabinet

Bagaimanapun, terdapat beberapa pihak mengaitkan mesyuarat tersebut dengan desas desus mengenai rombakan Kabinet.

"Untuk hari ini memang tiada sebarang perkembangan yang bakal berlaku tetapi esok belum pasti," katanya.

Mengenai penularan senarai terkini rombakan Kabinet, beliau memberitahu, senarai itu berkemungkinan palsu.

Artikel Berkaitan:

"Ada beberapa perkara dalam dokumen yang tular itu dilihat tidak sama dengan dokumen yang selalunya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

"Senarai nama-nama yang diberikan itu juga dilihat tidak logik," jelas beliau.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik bagi memastikan agenda untuk menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang dalam kesusahan dapat dilakukan.

Pengumuman itu memberikan kelegaan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas hubungan dengan UMNO tegang sejak kebelakangan ini.