Mesyuarat khas di Putrajaya esok cetus spekulasi rombakan Kabinet

Mesyuarat khas melibatkan Ahli Jemaah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya esok mencetuskan spekulasi rombakan Kabinet. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Mesyuarat khas melibatkan Ahli Jemaah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya esok mencetuskan spekulasi rombakan Kabinet. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Satu mesyuarat khas melibatkan Ahli Jemaah Menteri akan diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya esok.

Menurut sumber, tiada sebarang maklumat lanjut diberikan berhubung mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, ada beberapa pihak mengaitkan mesyuarat itu dengan desas-desus mengenai rombakan Kabinet.

"Untuk hari ini memang tiada sebarang perkembangan yang bakal berlaku tetapi esok belum pasti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Ketika ditanya mengenai penularan senarai terkini rombakan Kabinet, beliau memberitahu senarai itu berkemungkinan palsu.

"Ada beberapa perkara dalam dokumen yang tular itu dilihat tidak sama dengan dokumen yang selalunya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

"Senarai nama-nama yang diberikan itu juga dilihat tidak logik," jelas beliau.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik bagi memastikan agenda untuk menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang dalam kesusahan dapat dilakukan.

Artikel Berkaitan:

Pengumuman itu memberikan kelegaan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas hubungan dengan UMNO tegang sejak kebelakangan ini.