Pekerja restoran positif Covid-19

 Seorang pekerja sebuah restoran di Kompleks PKNS Bangi disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan pada Isnin lalu. - Foto 123RF
Seorang pekerja sebuah restoran di Kompleks PKNS Bangi disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan pada Isnin lalu. - Foto 123RF
A
A
A

BANGI - Seorang pekerja sebuah restoran di Kompleks PKNS Bangi disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan pada Isnin lalu.

PKNS Real Estate (Prec) menerusi kenyataan memaklumkan pekerja warga Indonesia itu tidak berada di Kompleks PKNS Bangi sejak 15 Oktober lalu.

"Restoran Cempaka Rimba kini telah ditutup dan kerja-kerja sanitasi secara menyeluruh akan dilakukan malam ini.

"Pihak pengurusan bangunan sentiasa memantau keadaan semasa dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihaknya akan terus memberi makluman terkini serta hebahan sewajarnya kepada pelanggan, penyewa, pengunjung serta komuniti secara amnya.

Artikel Berkaitan: