Inter Milan kena lebih fokus

Lukaku (kanan) menjadi penyelamat kepada Inter Milan ketika melayan kunjungan Borussia Monchengladbach di San Siro.
Lukaku (kanan) menjadi penyelamat kepada Inter Milan ketika melayan kunjungan Borussia Monchengladbach di San Siro.
A
A
A

PENYERANG Inter Milan, Romelu Lukaku percaya pemain-pemain I Nerazzurri mampu bangkit menghasilkan keputusan yang lebih baik pada saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Keyakinan itu hadir selepas tonggak Belgium berusia 27 tahun tersebut menyaksikan gergasi Serie A berkenaan dipaksa berhempas pulas untuk mengikat kelab Bundesliga Jerman, Borussia Monchengladbach 2-2 pada aksi pertama peringkat kumpulan.

Menurut Lukaku, dia dan pemain-pemain skuad kendalian Antonio Conte itu harus lebih kuat mental dan fizikal mengharungi baki saingan yang cukup luar biasa berikutan pandemik Covid-19.

"Sejujurnya selepas perlawanan menentang Borussia Monchengladbach ini, kita harus berusaha lebih gigih untuk tampil lebih kuat lagi.

"Bahagian pertahanan terutamanya juga perlu lebih berdisiplin dan fokus lagi biarpun kita sedang mendahului pasukan lawan.

"Jika dilihat dua gol mudah pada separuh masa kedua diperoleh oleh Borussia Monchengladbach adalah gol mudah yang berpunca kealpaan pemain-pemain.

"Kami juga kerap kehilangan peluang menambah jaringan kerana ketumpulan bahagian penyudah biarpun banyak mencipta peluang dalam perlawanan ini yang menyumbang kepada keputusan malam ini," katanya.

Lukaku menyertai Inter pada 2019 dengan rekod perpindahan 65 juta Euro dari Manchester United.

Artikel Berkaitan:

Sejak itu dia konsisten mewakili gergasi Serie A berkenaan dalam 56 kali penampilan dan telah menjaringkan 40 gol dan enam bantuan gol kepada kelab itu.

Pada aksi di Stadium San Siro itu, Inter terpaksa menunggu babak kedua untuk berada di depan hasil jaringan Lukaku pada minit ke-49' sebelum pemain pertahanan pelawat Ramy Bensebaini menyamakan kedudukan pada minit ke-63'.

Skuad Marco Rose itu kembali di depan apabila Jonas Hofmann meledak gol kedua pelawat pada minit ke-84' untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Namun hasrat Borussia Monchengladbach untuk membuka tirai peringkat kumpulan dengan tiga mata tidak kesampaian apabila Lukaku muncul dengan gol penyamaan pada minit ke-90.