3,307 jururawat dilantik secara kontrak

Jururawat memainkan peranan penting dalam memerangi Covid-19. - Foto Bernama
Jururawat memainkan peranan penting dalam memerangi Covid-19. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 3,307 jururawat dilantik secara kontrak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha kerajaan memerangi pandemik Covid-19.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon berkata, jumlah itu termasuk jururawat bersara yang dilantik semula dan juga lantikan kontrak baharu.

"Dalam usaha membendung penularan wabak pandemik Covid-19, jururawat memainkan peranan penting dalam pengurusan pesakit," katanya menerusi kenyataan di Facebook KKM.

Menurutnya, 633 penjawatan jururawat baharu turut diisi.

"Sehingga semalam, KKM mempunyai 87,998 bilangan jururawat yang berkhidmat di hospital, klinik, dan fasiliti kesihatan lain," katanya.

Beliau berkata, seramai 668 jururawat telah dimobilisasikan termasuk ke Sabah.

"Setiap pengorbanan dan kerja keras jururawat ini yang sentiasa berdedikasi merawat pesakit sangat dihargai," katanya.

Artikel Berkaitan: