X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda UMNO desak kerajaan sedia pelan tindakan khas

Asyraf Wajdi Dusuki
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mendesak kerajaan segera menyediakan pelan tindakan khas bagi menangani kemelut kehilangan pekerjaan dan kemiskinan akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Ketuanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi tempoh beberapa bulan akan datang, 2.4 juta rakyat bakal kehilangan pekerjaan manakala lebih 1.26 juta rakyat dijangka mengalami kemiskinan.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO menyarankan kerajaan melanjutkan moratorium secara pukal sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga bulan lagi.

"Kami juga meminta kerajaan mempertimbangkan bantuan tambahan RM1,000 setiap penerima BPN Sabah yang cuma menelan kos RM737 juta.

"Ini jauh lebih pantas dan berkesan berbanding hantaran bantuan bakul makanan yang dirumitkan oleh masalah logistik dan rekod penerima yang tidak lengkap," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Asyraf, perkara tersebut antara beberapa ketetapan yang diputuskan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO yang bermesyuarat secara atas talian malam tadi.

Ketetapan lain katanya, 191 bahagian Pemuda UMNO di seluruh negara bersedia menjadi pemudahcara antara rakyat dengan agensi kerajaan bagi membantu khususnya anak-anak muda yang sedang dihimpit kesusahan akibat hambatan ekonomi dan sosial.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pemuda UMNO menyokong gencatan politik yang disarankan presiden parti supaya dapat menghentikan segera sebarang polemik perebutan kuasa ketika negara bergelut dengan Covid-19.

Pada mesyuarat sama, Pemuda UMNO turut mengambil ketetapan menolak sebarang kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

"Terutamanya DAP untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, hanya bertujuan memenuhi hasrat beliau (Anwar) menjadi Perdana Menteri," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!