Minimumkan mainan politik kepartian

UMNO
UMNO
A
A
A

SHAH ALAM - Semua ahli politik di negara ini perlu melakukan gencatan politik dengan meminimumkan mainan politik kepartian yang tidak disukai rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Beliau berkata, agenda rakyat perlu diberikan tumpuan khususnya menangani cabaran ekonomi dan kesihatan.

“Mendukung kerajaan hari ini bermaksud tidak timbul lagi sebarang khabar memaksa Pilihan Raya Umum (PRU) awal dengan keadaan penularan Covid-19 dan kesan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Shahril Sufian turut memuat naik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai pendirian parti itu untuk melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid-19 serta membantu rakyat yang dihimpit kesusahan akibat masalah ekonomi.

Sementara itu, Shahril Sufian menggesa supaya kerjasama antara semua parti turut diperkukuhkan demi kestabilan.

“Di sini perlu keikhlasan dan biarlah sebarang rundingan dilaksanakan oleh mereka yang diberi amanah di belakang tabir,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO lakukan gencatan politik, tumpu tangani Covid-19: Ahmad Zahid

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain menyambut baik saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyeru parti politik yang mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) melakukan gencatan politik.

Artikel Berkaitan:

Abdul Aziz dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan apabila seseorang melakukan gencatan politik maka rakan yang lain harus menyambut perkara yang sama.

"Gencatan politik ini kalau waktu main perang-perang masa kecil dulu orang Sabah bilang pek (pact). Kalau sebut pek, jari mesti buat macam begini, (simbol peace) dan disambut oleh kawan lain dengan jari yang sama (peace).

"Saya bersetuju dengan saranan Ahmad Zahid untuk menyeru kepada gencatan politik daripada seluruh jajaran kepemimpinan parti-parti politik yang mendokong kerajaan PN pada hari ini," katanya.

Menurutnya, beliau juga menyeru supaya semua pihak berhenti berebut kuasa ketika rakyat sedang bergelut dengan wabak koronavirus (Covid-19).