X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO lakukan gencatan politik, tumpu tangani Covid-19: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa parti itu melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Koronavirus (Covid-19) dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan.

Katanya, ia juga bagi memastikan kegelisahan rakyat akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.

"Saya juga ingin menekankan pendirian UMNO mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi.

"UMNO juga mengarahkan semua kepimpinan parti yang berada dalam Kabinet ketika ini memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha untuk membantu rakyat meringankan beban yang ditanggung mereka akibat kesan ekonomi dan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan semua ahli politik disarankan supaya melakukan gencatan politik sebagai usaha memikirkan penyelesaian terbaik bagi mensejahterakan rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO, Pas Selangor sambut baik pendaftaran Muafakat Nasional

Beliau berkata, pada masa ini ia langkah terbaik bagi meletakkan perbezaan politik ke tepi demi memberikan penumpuan kepada Agenda Perdamaian Nasional.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kerjasama semua parti dalam kerajaan PN harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik ketika negara menghadapi ancaman Covid-19 dan ketidaktenuan ekonomi.

Kenyataan media Ahmad Zahid
Kenyataan media Ahmad Zahid


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!