X

Kindly register in order to view this article
!

Kes menteri langgar kuarantin Covid-19 tiada tindakan lanjut

Mohd Khairuddin
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung pelanggaran mematuhi perintah kuarantin kendiri wajib Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis menerima arahan agar tiada tindakan lanjut (NFA) selepas kertas siasatan dirujuk kepada AGC.

"Jabatan Peguam Negara mengeluarkan arahan berkenaan susulan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan ke atas beliau.

"Pihak polis sebelum ini telah menyerahkan kertas siasatan berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara dan keputusannya diperolehi adalah NFA berhubung kes berkenaan.

"Ia selepas sudut keterangan didapati menteri berkenaan tidak diserahkan dengan borang 14b di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani kuarantin," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohd Khairuddin dilaporkan dikompaun sebanyak RM1,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kesalahan melanggar perintah kuarantin.

Di bawah Akta 342, kerajaan mewajibkan semua individu yang baru tiba dari luar negara termasuk warga asing untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu kuarantin: Guan Eng bidas Mohd Khairuddin

Mohd Khairuddin melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika Sidang Dewan Rakyat mempertikaikan mengenai ketidakpatuhan arahan kuarantin oleh Mohd Khairuddin.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!