Jerung bermata satu ditemui di Indonesia

Jerung bermata satu yang ditangkap di wilayah Maluku, Indonesia. - Agensi
Jerung bermata satu yang ditangkap di wilayah Maluku, Indonesia. - Agensi
A
A
A

MALUKU - Seorang nelayan di Indonesia gempar apabila menemui seekor anak ikan jerung bermata satu selepas membelah perut jerung dewasa yang tersangkut dalam jaring baru-baru ini.

Menurut Yahoo News Australia, jerung dewasa itu ditangkap di luar pantai di wilayah Maluku pada 10 Oktober lalu.

Katanya, semasa nelayan hendak membelah perut bagi mengeluarkan usus haiwan itu, mereka mendapati beberapa ekor anak jerung terdapat di dalamnya.

Seorang nelayan hanya dikenali sebagai Andy berkata, pada mulanya dia menjumpai tiga ekor anak jerung dalam perut jerung dewasa yang dibelahnya itu.

Jerung itu mempunyai satu mata di tengah-tengah kepala dan sepasang sirip kecil baru terbentuk selain berwarna putih susu. - Agensi
Jerung itu mempunyai satu mata di tengah-tengah kepala dan sepasang sirip kecil baru terbentuk selain berwarna putih susu. - Agensi

Namun, selepas mengeluarkannya dia mendapati salah seekor jerung itu mempunyai satu mata di tengah-tengah kepala dan sepasang sirip kecil baru terbentuk selain berwarna putih susu.

Kemudian, mereka membawanya ke pihak berkuasa marin untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut laporan pemeriksaan, anak jerung terbabit mengalami penyakit Cyclopia iaitu kecacatan kelahiran yang menyebabkan embrio membentuk satu mata.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan ini bukan kali pertama jerung bermata satu berjaya ditangkap sebelum ini.

Malah, seorang lelaki di Amerika Syarikat dan nelayan di pantai Mexico pernah menangkap jerung sama pada tahun 2011. - Agensi