Bomba berjaya pujuk Jason, Tania

Dua ekor kuda berjaya diselamatkan dari berkeliaran awal pagi tadi.
Dua ekor kuda berjaya diselamatkan dari berkeliaran awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Dua ekor kuda yang berkeliaran di jalan raya sekitar bandar itu pagi tadi, berjaya dijinakkan sebelum ditangkap pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar.

Ketua Balainya, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7 pagi daripada orang awam yang bimbang selepas terlihat haiwan itu.

“Enam anggota dikejarkan ke lokasi di Kampung Talang dan mendapati kuda jenis kuda lumba sedang berkeliaran di jalan raya.

“Pasukan mengambil masa hampir sejam untuk memujuk dan membawa haiwan itu ke balai bagi mengelakkan berlakunya kemalangan pada pengguna jalan raya dan mencederakan haiwan itu,” katanya.

Menurutnya, bomba memberi makanan kepada kuda jantan dan betina itu selepas dilihat dalam keadaan lemah sebelum mengesan pemiliknya.

Bagaimanapun, pemilik kuda terbabit telah hadir ke balai untuk mengambil haiwan itu pada jam 8.30 pagi.

Mohd Taufiq berkata, lelaki itu mendakwa haiwan peliharaannya itu dipercayai terlepas dari kandang awal pagi ini.

“Dia mendapat maklumat daripada orang awam dan terus datang ke balai untuk mengambilnya.

Artikel Berkaitan:

“Pemeriksaan mendapati kuda berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.