X

Kindly register in order to view this article
!

Pendaftaran MN penamat pertelingkahan UMNO, Pas

Ahmad Maslan meluahkan rasa syukur menerusi ciapan di Twitter hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Keputusan UMNO dan Pas untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi menjadi penamat pertelingkahan dua parti Melayu terbesar negara sejak 60 tahun lalu, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau menzahirkan perkara itu melalui ciapan di Twitter hari ini sambil mengucapkan rasa syukur.

"Syukur Alhamdulillah. #MuafakatNasional #UMNO dan #Pas selaku dua parti #Melayu terbesar di #Malaysia membuat keputusan penting untuk didaftarkan.

"Pertelingkahan rugikan umat selama lebih 60 tahun telah berkubur untuk selamanya.

"Biarlah musuh perpaduan tidak suka. Namun kita sangat gembira," tulis beliau.

Terdahulu, MN dilaporkan akan didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO, Pas setuju daftar Muafakat Nasional secara rasmi

Persetujuan dan jaminan tersebut diberikan kepimpinan MN menerusi sekeping surat yang ditandatangani bersama wakil dua parti membabitkan Tan Sri Annuar Musa selaku Setiausaha Agung I dan Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung II.

Kandungan surat itu antara lain menyatakan bahawa kepimpinan kedua-dua parti telah bersetuju untuk mendaftarkan MN secara rasmi dengan RoS.

Selain itu, kepimpinan MN juga bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!