Tiada kes Covid-19 di Kompleks PKNS

Proses sanitasi bangunan turut diadakan secara berkala oleh pengurusan PREC bagi memastikan setiap aset mereka selamat.
- Foto FB PKNS
Proses sanitasi bangunan turut diadakan secara berkala oleh pengurusan PREC bagi memastikan setiap aset mereka selamat. - Foto FB PKNS
A
A
A

SHAH ALAM - Kejadian seorang individu keluar dari Kompleks PKNS Shah Alam (KPSA) oleh petugas kesihatan berpakaian sut peralatan perlindungan diri (PPE) tidak mempunyai kaitan kes wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi satu kenyataan, PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) yang merupakan pemilik kompleks terbabit menjelaskan, foto tular di media sosial itu sebenarnya disebabkan terdapat kakitangan penyewa kedai di situ jatuh sakit dan pengsan.

PREC berkata, menurut sumber, individu terbabit menghidap penyakit darah tinggi dan bukan disebabkan jangkitan Covid-19.

"Adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan petugas mereka yang hadir sewaktu tugas menyelamat supaya berpakaian lengkap PPE tanpa mengira jenis penyakit sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

"Difahamkan, kakitangan tersebut telah mendapatkan rawatan susulan di Hospital Shah Alam dan dibenarkan keluar serta berada dalam keadaan stabil," kata kenyataan tersebut.

PREC berkata, pihaknya sentiasa memastikan KPSA dan semua aset mereka selamat untuk dikunjungi orang ramai.

"Proses sanitasi bangunan turut diadakan secara berkala dan SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan sentiasa dipatuhi demi memastikan semua pusat beli belah PREC selamat untuk pengunjung," katanya.

Artikel Berkaitan: